Akaun yayasankebajikansabha.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

 


SUDAH TERBIT !!

3 E-BOOK TERBARU BERSERTA 2 E-BOOK PERCUMA KARYA DDHA.

BUKU VERSI FIZIKAL SUDAH DIULANG CETAK BEBERAPA KALI DALAM MASA 12 BULAN.


ISU MASYARAKAT ISLAM
Masyarakat Islam sedang dilanda oleh pelbagai masalah. Antaranya :-
Tidak jelas arah tuju hidup.
Lemah ilmu dalam menangani kehidupan yang penuh pancaroba.
Daif amalan khususnya amalan agama.
Institusi keluarga semakin longgar.
Kadar perceraian semakin tinggi.
✔ Hambatan kehidupan yang tidak dapat diselesaikan :-
       a) Lemah ekonomi keluarga.
       b) Lemah kepimpinan keluarga.
       c) Ahli keluarga saling bercakaran.
       d) Keluarga menjadi terus layu.
✔ Diperingkat individu masalah bertambah gawat :-
       a) Ada anggota masyarakat yang mengambil tindakan di luar pertimbangan akal.
       b) Anggota keluarga tenggelam punca dalam mencari solusi kepada masalah.
       c) Kesan jangka panjangnya tiada kerukunan dan harmoni dalam kehidupan.


SEDIKIT CATATAN
Masyarakat Islam di negara ini sedang berada di persimpangan jalan. Sebahagiannya meneruskan kehidupan dalam keadaan terumbang-ambing. Keadaan sedemikian disebabkan jahil dalam ilmu mengendali kehidupan termasuk keluarga dan lemah amalan khususnya yang berkaitan dengan amalan agama.

Kekurangan ilmu dan lemah amalan agama menjadi punca rata-ratanya masyarakat semakin parah.


TAWARAN YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (YKS)

Sebagai sebuah NGO yang 'non-profit making', YKS telah mengambil daya utama mempelopori pelbagai inisiatif sejak lebih 30 tahun yang lalu. Antara inisiatif itu ialah :-

       a) Menganjurkan seminar, simposium, bengkel dan pelbagai perbincangan dua hala yang melibatkan masyarakat akar umbi hinggalah masyarakat atasan.  

       b) Terlibat langsung menyampaikan ilmu dan kemahiran kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat melalui saluran TV, radio, media massa dan media sosial.

       c) Menerbitkan lebih 40 tajuk buku mengenai kehidupan berkeluarga, kejiranan dan kemasyarakatan.

       d) Membangunkan Kompleks Anjung Husnul Khatimah. Sebuah kompleks memberi ilmu dan kemahiran Pendidikan Hujung Usia kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Program khusus dikendalikan untuk golongan muda bagi menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat mengkhidmati ayah bonda dengan tata akhlak selari dengan lunas-lunas agama.


BUKU TERBARU DDHA 

Terkini, YKS telah menghasilkan 5 buah buku yang menyentuh secara langsung hal kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Buku-buku tersebut ialah :-

      1. Husnul Khatimah Impian Setiap Muslim.

      2. Khidmati Ayah Bonda Hingga Akhir Hayat.

      3. Isteriku Ketua Bidadari Syurga.

      4. 30 Bisikan Hati Isteri.

      5. 30 Luahan Perasaan Suami.

Sehingga ini lebih 30,000 naskah telah beredar di pasaran.

Buku pertama bertajuk "Husnul Khatimah Impian Setiap Muslim" merupakan manual yang boleh dirujuk dan diguna pakai bagi setiap orang muslim agar dapat mengakhirkan hayat dalam Husnul Khatimah.

Buku kedua bertajuk "Khidmati Ayah Bonda Hingga Akhir Hayat" juga merupakan manual yang memberikan tips dan tindakan yang perlu di ambil oleh golongan muda (anak-anak) untuk mengkhidmati ayah bonda mereka dengan khidmat 'par excellence'.

Buku ketiga "Isteriku Ketua Bidadari Syurga" melakarkan ilmu dan amalan yang perlu digarap oleh para isteri bagi membolehkan mereka dipilih menjadi Ketua Bidadari Syurga. Inilah posisi yang paling tinggi di akhirat yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepada para isteri solehah.

Buku keempat bertajuk "30 Bisikan Hati Isteri " memberi ruang kepada para isteri untuk menyuarakan apa sahaja yang terpendam di dada mereka dalam konteks mencari satu penyelesaian dalam hidup berkeluarga.

Buku kelima "30 Luahan Perasaan Suami". Buku ini menyenaraikan perasaan terbuku yang tersimpan di lubuk hati suami untuk didengar oleh para isteri.

Kedua-dua pihak suami dan isteri semestinya ingin terus hidup sebagai suami isteri yang sentiasa dihiasi oleh kasih sayang, kecintaan dan kemesraan.


MENGAPA E-BOOK?

Sesuai dengan perkembangan teknologi media sosial, penerbitan E-Book sangat sesuai dengan masa dan ketikanya.

    a) E-Book menjadi begitu 'handy' untuk dibaca melalui gajet seperti smartphone.

    b) Dengan E-Book pembaca tidak perlu menyimpan banyak naskah fizikal yang kadang-kadang mereka menghadapi masalah penyimpanan naskah (storage).

    c) E-Book membolehkan para pembaca menikmati karya pada masa, ruang dan kesempatan mengikut kesesuaian mereka.

    d) Pembaca boleh merujuk dan mengulangkaji secara berulang kali dengan mudah mengenai sesuatu fakta yang ingin dirujuk kemudian.

    e) Kos E-Book yang lebih murah berbanding dengan kos buku fizikal.

    f) E-Book tidak mudah menjadi lusuh dan rosak.


KEISTIMEWAAN E-BOOK YKS

Para pembaca akan menikmati keistimewaan E-Book YKS yang dipersembahkan seperti berikut :-

    a) Ditulis dengan bahasa yang mudah.

    b) Dibekalkan contoh-contoh kehidupan yang mencerminkan keadaan sebenar.

    c) Setiap bab diberikan kesimpulan dalam bentuk susunan tips yang mudah untuk dipraktik.


DDHA sebagai penulis dan pakarujuk bersedia untuk mengendalikan bengkel mengikut tajuk-tajuk E-Book yang dipilih. Bengkel boleh diadakan dimana-mana lokasi termasuk Brunei Darussalam, Singapura, Selatan Thailand dan Indonesia.

 


SIAPA DDHA?


                                                                             

 



                  



Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali (DDHA) adalah seorang agamawan, ilmuan dan aktivis sosial yang memperolehi ijazah Masters dan PhD daripada Amerika Syarikat. Beliau terkenal sejak lebih 30 tahun yang lalu sebagai motivator, kaunselor, ilmuan dan pendakwah.

Sebagai motivator beliau mempelopori program "Summer Camp", "Smart Learning", "Kem Jatidiri Remaja" yang melibatkan lebih 1.2 juta peserta. Program ini juga dikendalikan di luar Malaysia seperti Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai ilmuan, DDHA telah membentangkan kertas kerja di simposium peringkat serantau dan antarabangsa. Kertas-kertas kerja beliau telah menjadi rujukan umum yang pada ketika itu kertas-kertas sedemikian sangat berkurangan.

Sebagai pendakwah, beliau telah menyertai misi dakwah di dalam dan luar negara. Misi dakwah beliau menekankan agar umat kembali kepada Islam dan hanya Islam sahajalah yang menjadi kunci utama kejayaan kehidupan seorang insan di dunia dan di akhirat.

Sebagai personaliti TV dan radio, beliau mengemudikan pelbagai program-program agama yang disalurkan melalui hampir seluruh saluran TV dan radio di negara ini.

Antaranya "Forum Perdana Ehwal Islam" dalam mana beliau bertindak sebagai moderator dengan ahli-ahli panel terdiri daripada personaliti kesayangan umat seperti Prof. Dato' Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Hasan Din, Dato' Ishak Baharom, Dato' Hashim Yahya dan lain-lain lagi.

Forum Perdana ini merupakan satu-satunya program agama yang paling tinggi ratingnya berbanding dengan program-program lain termasuk program hiburan.

Kehadiran beliau di arena motivasi, keilmuan dan usaha dakwah telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kehidupan umat di negara ini. Program-program beliau menjadi buah mulut dan sering disebut-sebut hingga ke hari ini.

DDHA masih giat menjalankan kerja-kerja membangunkan umat dari sudut mental, intelektual, emosi dan spiritual. Beliau mempunyai jadual yang agak padat mengisi program kuliah dan tazkirah di masjid, surau dan pertubuhan-pertubuhan di seluruh negara.

Beliau kini menerajui Yayasan Kebajikan Sabha (YKS) yang akan membangunkan Kompleks Anjung Husnul Khatimah dengan kos bernilai RM12 juta. Inisiatif 'non-profit making' ini dikatakan sebagai satu-satunya yang terdapat di dunia. DDHA menjadikan Malaysia 'pace setter' dalam urusan dakwah bil hal ini.


APA YANG BOLEH DITIMBA DARIPADA DDHA?

Kaum muslimin dan muslimat boleh mendapatkan adunan dan paduan ilmu, keterampilan dan amalan yang diusahakan oleh DDHA. Bidang motivasi, keilmuan dan usaha dakwah sangat memerlukan personaliti seperti DDHA. 

Pada diri DDHA tergambar paduan ilmu dan amal yang berpaksikan agama.

Pada diri DDHA terpancar sinar personaliti Muslim yang diharap dapat menjadi ikutan kepada generasi pengganti berikutnya.

Pada diri DDHA terlukis kebijaksanaan (wisdom) yang perlu dihayati untuk membolehkan seseorang Muslim menghadapi pelbagai cabaran kehidupan yang semakin gawat.



E-BOOK 1

HUSNUL KHATIMAH IMPIAN SETIAP MUSLIM


 

APA YANG BOLEH DIGARAP DALAM E-BOOK INI ?

E-book ini mempunyai kelebihan berikut :-

1.       Memberi gambaran sepintas lalu kebersediaan masyarakat Muslim mengakhirkan hayat dalam Husnul Khatimah.

2.      Menggariskan halangan-halangan yang menyebabkan seseorang agak ketinggalan dari sudut ilmu dan penghayatan untuk mati dalam Husnul Khatimah.

3.       Mendedahkan akibat buruk yang mungkin berlaku sekiranya ilmu dan penghayatan agama di awal, di pertengahan dan di hujung usia tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

4.       Mencadangkan beberapa langkah awal yang perlu diambil terutama dalam menggarap ilmu dan mempraktikkan amalan agama untuk mengakhirkan hayat dalam Husnul Khatimah.

5.   Amalan-amalan agama yang semestinya diamalkan dalam kehidupan harian seperti :-

      a) Qiyamulail.

      b) Amalan selepas Subuh.

      c) Amalan waktu Dhuha.

      d) Amalan sebelum dan sesudah Zuhur.

      e) Amalan sebelum dan sesudah Asar.

      f) Amalan antara Maghrib hingga Isyak.

      g) Amalan sebelum tidur.



       E-BOOK 2

      KHIDMATI AYAH BONDA HINGGA AKHIR HAYAT

       

          

     


APA YANG BOLEH DIGARAP DALAM E-BOOK INI ?

E-book ini menjelaskan perkara-perkara berikut :-

1.       Ketiadaan ilmu, amalan dan garis panduan untuk mengkhidmati ayah bonda. Ini mengakibatkan keluarga hilang kerukunan dan kedamaian.

2.       Panduan mengkhidmati ayah bonda yang masih sihat.

3.       Panduan mengkhidmati ayah bonda yang sedang sakit, tenat dan dalam Sakaratul Maut.

4.       Pelbagai isu mengenai kematian dan alam barzakh yang perlu diketahui dan diamalkan.

5.       Panduan mengurus jenazah ayah bonda dari awal hingga akhir.

6.       Islah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yang boleh mengkhidmati ayah bonda dengan seikhlas dan sejujurnya mengikut lunas agama.


      

     E-BOOK 3

     ISTERIKU KETUA BIDADARI SYURGA




APA YANG BOLEH DIGARAP DALAM E-BOOK INI ?

E-Book ini mencadangkan para pembaca khususnya para isteri untuk mula memikir dan mengambil tindakan bagi menjadikan diri mereka Ketua Bidadari Syurga. Antara kandungan E-Book ini :-

1.       Amalan yang menjadikan para isteri sebagai Ketua Bidadari Syurga.

2.       Paparan syurga dan segala bentuk kenikmatannya.

3.       Agenda ke arah perubahan yang mesti dilakukan para isteri untuk menjadi Ketua Bidadari Syurga.

4.       Gandingan mantap suami isteri dan anak-anak untuk membantu isteri/ibu menjadi Ketua Bidadari Syurga.



TESTIMONI

     

"Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada DDHA kerana tidak jemu berkongsi ilmu MAHAL ini melalui 3 buku serangkai yang saya fikir masih terlalu ramai yang terlepas pandang. Input yg disampaikan memang membuka mata. Semoga DDHA sentiasa dirahmati Allah Taala dan terus mencurahkan ilmu yang bermanfaat untuk ummat."     ~ Dr Mazita Ahmad, Pakar Psikologi & Kaunseling JPA.




"Saya dah beli buku fizikal 3 serangkai ini bulan lepas. Saya dapati pengisian cukup mantap dan mudah difahami. Saya sangat recommend 3 E-Book ini kepada anda semua supaya keluarga semakin hari semakin bahagia dah dirahmati Allah Taala. Syabas DDHA!!"    ~ Saiful Rais Sheikh Salim, Peguam & Usahawan.







"Jutaan terima kasih kepada DDHA sudi berkongsi ilmu yang sangat berharga ini. Alhamdulillah dari penerangan dan solusi yang diberikan dalam buku 3 serangkai ini sangat jelas dan mudah untuk dipraktikkan. Buku 3 serangkai ini banyak mengupas isu-isu semasa berkenaan keluarga yang sering menjadi polemik di dalam masyarakat. Disamping itu buku 3 serangkai ini sangat sesuai untuk dibaca segenap lapisan masyarakat dari muda sampai ke tua. Mohon disebarkan kepada masyarakat berkenaan ilmu yang mahal ini supaya manfaatnya dapat diperolehi oleh semua. Terima kasih."

~ Hj. Izzudin bin Hj. Ghazali, Kaunselor Kanan, Jabatan Penjara Malaysia.



"Content yang sangat menarik yang dipersembahkan dalam 3 Buku Serangkai yang diterbitkan oleh Yayasan Kebajikan Sabha. Alhamdulillah dengan adanya versi E-Book ini lebih memudahkan rakyat Malaysia untuk mengakses 3 Buku Serangkai. Semoga Allah Taala memberkati usaha Yayasan Kebajikan Sabha khususnya DDHA."    ~ Cikgu Suzie, Guru Kanan Cemerlang Matematik & Sains.





"Alhamduillah syukur diberi peluang untuk membaca Buku 3 Serangkai karya DDHA. Kandungan buku yang padat,mantap dan padu berkaitan kematian yang baik, cara nak khidmat ibu bapa dan juga peranan penting sebagai seorang isteri. Banyak sangat tips yang diberikan dan memang mudah untuk diamalkan. Saya memang teruja apabila dimaklumkan pihak Yayasan Kebajikan Sabha terbitkan versi E-Book. Saya harap anda semua dapat miliki E-Book ini kerana ianya memang sangat berbaloi."     ~ Ustazah Syaurah Ishak, Pendakwah Muda & Hafizah.




"Alhamdulillah akhirnya diterbitkan versi E-Book untuk Buku 3 Serangkai ini. Walaupun saya sangat sibuk dengan perniagaan, alhamdulillah saya berjaya baca sampai habis ketiga-tiga buku ini. Saya dapati isi kandungannya sangat mudah difahami disamping tips yang diberikan mudah dipraktikkan. Buku 3 Serangkai boleh dikatakan buku motivasi yang terbaik yang saya miliki setakat ini. Semoga Allah Taala memberi kekuatan kepada DDHA untuk menghasilkan lagi karya-karya yang bermutu di masa hadapan. SYABAS!!"   ~ Chef Amman Teoh, Chef Antarabangsa, Pelopor gerakan "Dakwah Through Food" di Malaysia. 




"Alhamdulillah diberikan rezeki untuk membaca Buku Tiga Serangkai. Memang BEST & MIND-BLOWING!! Ketokohan DDHA dalam arena motivasi & dakwah selama 40 tahun diterjemahkan dalam setiap isi kandungan dalam Buku 3 Serangkai ini. Content yang dipersembahkan mengingatkan kembali nostalgia saya sebagai peserta SUMMER CAMP tahun 1993 anjuran DDHA. Semoga Allah Taala panjangkan usia DDHA untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. ALL THE BEST!!"      ~ Wawa Idris, Konsultan Imej.




PIHAK YKS MENAWARKAN HARGA YANG SANGAT BERBALOI UNTUK

3 E-BOOK

2 E-BOOK PERCUMA


HARGA ASAL UNTUK E-BOOK IALAH RM95.

TETAPI HARGA YANG DITAWARKAN

HANYA RM60 SAHAJA!!

DAPATKAN SEGERA SEMENTARA PROMOSI MASIH ADA.


SEBAHAGIAN DARIPADA JUALAN E-BOOK INI ADALAH UNTUK INFAQ JARIAH BAGI PEMBANGUNAN KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH.