Akaun yayasankebajikansabha.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


"Dan belanjankanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang diantara kamu, lalu ia berkata : "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh" 

Surah Al-Munafiqun : Ayat 10

Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini, pihak Yayasan Kebajikan Sabha membuka peluang kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk bersama-sama meraih ganjaran yang sangat besar dengan bersama-sama menyumbang kepada projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah. InsyaAllah projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah akan mula dibangunkan di antara Julai dan Ogos 2021.

Projek pembangunan Anjung Husnul Khatimah merupakan sebuah kompleks, sebuah kampus, khusus untuk program pendidikan di hujung usia. Ia adalah sebuah program bagi mempersiapkan diri agar akhir hidup kita nanti dalam Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) sebagaimana dianjurkan dalam Islam.

KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH DIANGGARKAN BERNILAI RM 12 JUTA.

JUMLAH YANG SUDAH TERKUMPUL IALAH RM 3.2 JUTA.

Projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah dalam proses penyiapan terakhir dokumen-dokumen yang diperlukan bagi proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). InsyaAllah sempena keberkatan bulan Ramadhan ini, semoga proses permohonan ini berjalan lancar.














 AYUH, LONJAKKAN IMAN, GANDAKAN AMAL DENGAN SAHAM AKHIRAT DI KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH.

Sabda Rasulullah SAW : "Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakan baginya" (Riwayat Muslim : 1631)